Klinik Kesihatan Balingian Sarawak

Welcome To Our Blog

Kenali KK Balingian

Klinik Kesihatan Balingian telah ditubuhkan pada tahun 1989.Klinik ini terletak di daerah kecil balingian dan juga merupakan salah satu daripada kawasan lokasi di bawah naungan Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.Klinik ini juga menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang bermaustatin di daerah ini.

PERLAKSANAAN PROJEK TELEPRIMARY CARE (TPC)

Klinik Kesihatan Balingian antara satu-satunya klinik dalam Bahagian Mukah yang di pilih untuk projek ini.

Projek TPC telah wujud diantara persetujuan pihak Brinfo dan Edaran selaku Vendor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Satu surat tender dan kontrak bagi “Phase 1 For MOH” bagi Sarawak dan Johor telah ditandatangani antara kedua-dua pihak pada bulan Januari 2003 manakala surat tawaran bagi peralatan tambahan adalah pada Julai 2005.

Roll out TPC di kawasan Mukah diadakan pada bulan Mac 2005 manakala penggunaan sepenuhnya di KK. Balingian ialah pada pertengahan bulan Jun 2005.

NOTA RINGKAS KK BALINGIAN + TPC (TELEPRIMARY CARE)

1.         MAKLUMAT  DAN  LATAR  BELAKANG. Ø  Daerah kecil Balingian terletak diantara Mukah dan Bintulu.

Ø  Mengambil masa satu jam perjalanan ke Mukah dan tiga jam ke Sibu / Bintulu dengan menggunakan jalan darat mankala satu jam menggunakan jalan air ke Mukah dan sejam setenggah ke Bintulu.

Ø  Mempunyai sebuah pekan lama bangunan kayu sebanyak 13 pintu, 5 buah kampung dan 12 jabatan kerajaan/agensi kerajaan manakala kedai konkrit yang baru dan belum  beroperasi dengan sepenuhnya.

Ø  Satu-satunya daerah kecil di Bahagian Mukah di bawah projek Kawasan Pertubuhan Desa (Rural Growth Centre) di mana projek penanaman kelapa sawit menjadi projek utamanya.

Ø  Terdapat dua buah ladang kelapa sawit iaitu Sarawak Oilpalm Plantation dan Felcra Estate.

Ø  Sekarang mempunyai jalanraya persisiran dari Balingian ke Kuala Balingian dan seterusnya ke Tatau Bintulu.

Ø  Di tadbir oleh seorang Pegawai Pentadbir Sarawak (SAO) serta 3 orang Penghulu.

Ø  Meliputi kawasan dari Kuala Balingian (Sg. Sedupai) sampai ke hulu Sg. Arip, Sg. Bawan dan Sg. Bawang.

Ø  Secara keseluruhan, ia mempunyai  penduduk seramai lebih kurang 10,000 orang dimana majoriti  terdiri dari kaum Iban, Melanau, Cina dan lain-lain.

Ø  Majoriti penduduk adalah kaum Iban (68.3%), Melanau (29.49%) dan Cina (2.12%).

Ø  Pekerjaan utama penduduknya adalah menanam padi, kelapa, rumbia dan sampingan menangkap ikan manakala sebilangan penduduk bekerja sebagai pembalak di tempat lain.

Ø  Exco Politik ialah: (N.45)         MP         –    YB Datuk Dr. Leo Michael Toyad

ADUN  –  YAB Pehin Sri Dr Hj. Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak)

2. MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KLINIK  KESIHATAN    BALINGIAN.

Ø  Di bina pada tahun 1989 dan beroperasi pada tahun1990 sampai sekarang.

Ø  Dulu di kenali sebagai Dispensari pada 1954 yang dikendali  oleh seorang dresser dan atendan.

Ø  Jumlah kampung/rumah panjang dalam kawasan operasi adalah seperti berikut;

–    Jumlah kampung/rumah panjang      –       56 buah

–    Jumlah pintu                                               –    1092 buah

–    Jumlah penduduk                                      –    6610 orang

Ø  Pentadbiran dari Pejabat Kesihatan Bahagian, Mukah dan dibawah jagaan Pembantu Perubatan Menguasa klinik.

Ø  Terletak 60 km dari Hospital Mukah.

Ø  Mempunyai 9 orang kakitangan iaitu;

–    2 Pembantu perubatan

–    2 Jururawat Masyarakat

–    3 Atendan Kesihatan (2 lelaki/1 perempuan )

–    1 Pemandu Anak Perahu

–    1 Pemandu Ambulan

Ø  Senarai kemudahan di bawah jagaan adalah;

–          Bagnunan klinik

–          Bangunan kuarters (1)

–          Berek ( 4 pintu )

–          Inventori / Harta Modal

–          Peralatan Perubatan

–          Peralatan TPC

–          Kenderaan (Ambulan/Landcruiser)

Ø  Perkhidmatan yang disediakan adalah bahagian JPL, KKIA, VHT, SHS, Klinik Pergigian (dari Mukah), Klinik Doktor, KAS, Kesihatan Awam seperti pendidikan kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Ø  Purata kes yang di rawat dalam sebulan – JPL   –   500 – 700 orang

– KKIA    –   60 orang (AN Mother)

–   20 orang (F/Planning)

–   150 orang (Child Health)

–  VHT –  150 – 200 orang

Ø  Kes yang sering dirawat adalah URTI, myalgia, headache/giddiness, skin diseases, other diseases of respiratory system, diseases of digestive system, cutwound, STI dan sebagainya.

Ø  Kes yang sering dimasukan ke wad adalah kes bersalin, AEBA, abdominal colic/gastritis, AGE, minor logging accident (STI) dan sebagainya.

Ø  Kes yang sering dirujuk ke hospital adalah ibu mengandung berisiko, AEBA yang teruk, penyakit kronik, kes pembedahan/perubatan yang tidak dapat dirawat diperingkat klinik dan logging accident yang teruk.

Ø  Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi  7 buah sekolah rendah.

Ø  Kesihatan Awam merangkumi pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan warga tua/emas, pendidikan kesihatan dan sebagainya.

Ø  Pengurusan klinik merangkumi aktiviti klinik, perlaksanaan projek, pengurusan data, laporan morbidity, kewangan, pesanan kerajaan dan lain-lain.

Ø  Struktur bangunan KK. Balingian – bawah bilik mini A/E, bilik serbaguna, bilik transit dan stor perkakas / ubat manakala bahagian atas Pejabat Am, stor ubat, bilik Server TPC, JPL (3 bilik) , KKIA, bilik  bersalin dan wad lepas bersalin/wad am.

PROJEK TELEPRIMARY CARE

1.         PERLAKSANAAN PROJEK TELEPRIMARY CARE (TPC)

Ø  Klinik Kesihatan Balingian antara satu-satunya klinik dalam Bahagian Mukah yang di pilih untuk projek ini.

Ø  Projek TPC telah ujud diantara persetujuan pihak Brinfo selaku Vendor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ø  Satu surat tender dan kontrak bagi “Phase 1 For MOH” bagi Sarawak dan Johor telah ditandatangani antara kedua-dua pihak pada bulan Januari 2003 manakala surat tawaran bagi peralatan tambahan adalah pada Julai 2005.

Ø  Roll out TPC di kawasan Mukah diadakan pada bulan Mac 2005 manakala penggunaan sepenuhnya di KK. Balingian ialah pada pertengahan bulan Jun 2005.

2.         PERALATAN

Ø  Alat-alat TPC untuk peringkat pertama telah di terima daripada pihak Brinfo pada 13.3.2003  seperti berikut;

a)  Fujitsu Monitor                           –           4

b)  Fujitsu PC                                      –           4

c)  UPS-APC BK500EI                    –           4

d)  HP Laserjet Printer 2200DN     –           1

e)  Fujitsu Image Scanner                 –           1

f)  Digital Camera                                  –           1

g)  Video Digital Camera  (VC Kit)  –          2

h)  Pen Digitizer                                     –           2

i)  Iomega CDRW External Drive      –           2

j)  VSAT/DATA Link & Replication –   HP Prolliant ML350T G2  –   1

Colour Monitor 1×15”  –   1

3Com Supertack –   1

UPS For Switch –     2

Surge Protector –    2

Satellite Equipment (Sekarang Melalui Line Telekom)

Ø  Alat-alat untuk peringkat kedua (tambahan) telah diterima dari pihak Brinfo pada 8.9.2005 seperti berikut;

a)  HP DX 6100 Desktop (Monitor+PC) –           2 each

b)  UPS                                                                 –           2

c)  HP Laserjet Printer 2420N                   –           1

d)  Bar Code Printer                                       –           1

e)  Bar Code Reader                                       –           2

f)  MS Office 2003 Standard                       –           1

g)  Trend Micro Office Scan                        –           2

h)  Video Digital Camera (Logitech)       –           1

3.         LATIHAN UNTUK PENGGUNA

Ø  2 orang peneraju (Champion) dipilih dan dilantik dari setiap klinik – Seorang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat Masyarakat.

Ø  9  orang pengguna di klinik ini iaitu            –

–           2 Penolong Pegawai Perubatan

–           2 Jururawat Masyarakat

–           3 Pembantu Perawatan Kesihatan

–           1 Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi

–           1 Pemandu Kenderaan Bermoto

–           1 Pemandu Anak Perahu

Ø  2 orang staf telah di hantar ke KK. Putrajaya untuk menghadiri kursus pada bulan September/Oktober 2003.

Ø  Seorang peneraju (Champion) telah mengikuti taklimat tentang Microsoft Office di Makmal Komputer Hospital Sibu pada Disember 2004.

Ø  Pada bulan September 2005 seorang staf telag mengikuti MSC ICT Expo di Kepala Batas Penang.

Ø  Pada bulan Oktober 2005 2 orang staf mengikuti taklimat TPC Update Wellness Module di Sibu.

Advertisements

November 23, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Comment